DAP guna logo PKR cuba tarik undi Melayu

BIAR jelas dan terang kenyataan ini. DAP tidak gusar dan tidak berselindung lagi. “Kami (DAP) pilih logo PKR kerana pengundi Melayu akan terimanya”.

Advertisement

Logo roket merah yang menjadi kebangaannya sejak tahun 1966 disorok dan digantikan dengan logo ‘mata’ PKR. Kata DAP roket dibimbangi orang Melayu bermakna jika mereka berkeras guna roket kali ini pengundi Melayu akan tolak mereka.

Lalu demi memenangi undi Melayu yang dijangka bergelombang bagai Tsunami besar PRU ke 14 ini berselindunglah DAP di belakang logo PKR, kerana nanti pengundi Melayu akan sangkakan mereka PKR sedang hakikatnya mereka roket yang dibimbangi.

Terpedayakah pengundi Melayu dengan muslihat DAP ini? Sebelum ini Tun Dr Mahathir sendiri pernah tuduh DAP sebuah parti rasis atau perkauman. DAP juga sebagai pejuang idea sekularisma tegar menentang sebarang usaha memartabatkan Islam termasuklah menentang RUU355 dahulu.

Ayuh jangan tertipu. Undi logo PKR hakikatnya undi DAP. Jangan gadaikan nasib dan masa depan kita. Jangan tertipu. – HARAKAHDAILY 10/4/2018