Bekas Naib Presiden Kelab Umno sertai PAS

BALING: Misi PAS untuk kembali menerajui Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini tambah bersemangat dengan penyertaan bekas Naib Presiden Kelab Umno di Kaherah.

Advertisement

Sollehuddin Lebai Yaacob bersama Umno selama 38 tahun mengambil keputusan meninggalkan parti itu sempena program ceramah di tapak Pondok Ittifaqiah Kampung Charuk Puteh.

Beliau bersama 30 ahli Umno menyerah borang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Turut hadir pada program bersejarah itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Najmi Ahmad dan ahli jawatankuasa PAS Baling.

Sollehuddin berkata, beliau menyertai PAS setelah melihat Umno tidak mampu lagi untuk menjaga hak Islam dan orang Melayu. – HARAKAHDAILY 11/4/2018