PRU14: Kempen berfakta, bukan auta

KEMPEN PRU14 yang menjadikan media baru atau alam maya sebagai medan tempur bukan lesen bebas para ‘Keyboard Warrior‘ menyebar berita palsu dan menabur fitnah. Matlamat kemenangan tetap tidak menghalalkan semua kaedah dan cara dilakukan sewenangnya.

Advertisement

Amalan ‘real politic‘ Machievelli perlu dihindari ke arah usaha memastikan perjalanan PRU jauh dari perkara tidak diingini. Bahkan kini warganegara juga diikat oleh undang-undang yakni Akta Antiberita Tidak Benar yang baru diluluskan Parlimen tempoh hari.

Ia bukan sahaja panduan untuk bijak menerima maklumat, tetapi setiap isu dan informasi perlu dikaji selidik kebenarannya untuk dipercayai dan disebarkan. Ianya petunjuk kepada jati diri, maruah, estetika, tamadun serta kematangan dan kesejahteraan berpolitik.

Sehubungan itu, kempen masing-masing parti politik haruslah membudayakan usaha mengangkat komitmen, tawaran dan pemahaman kepada awam secara menerang dan bukannya menyerang. Parti politik harus mendidik rakyat dengan politik kebenaran, bukan kepalsuan.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
“Sedia Memerintah”

ABD QAHAR SYAMS
Pemangku Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 11/4/2018