Yang serang PAS di Kelantan bukan Umno

PEMIMPIN Umno Kelantan mungkin sudah boleh berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Kelantan sejak 28 tahun ia dikalahkan oleh PAS kali kedua dalam tahun 1990.

Advertisement

Mungkin ia berpuas hati, tanpa menjelaskan kebaikan Kerajaan Kelantan dan Kelantan di bawah PAS, ketuanya Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahun Umno Kelantan yang bersamanya dalam himpunan Umno bersamanya di Kuala Lumpur, Umno hendak menambah baik saja apa yang dikatakannya sudah baik di bawah kerajaan yang ada.

Subki 1Sambil tidak menyatakan apakah kebaikan itu, dia juga tidak menyatakan keburukannya. Misi BN Kelantan untuk mengambil alih Kerajaan Kelantan kali ini hanya unuk menambah baik apa yang sudah baik di bawah PAS itu.

Ia hendak mengambil alih negeri itu bukan kerana ia tidak ditadbirkan secara baik dan tentunya bukan tidak ada kemajuan, Cuma ia menambah baik apa yang ada di Kelantan sekarang. Berbeza dengan PAS dan pembangkang yang lain hendak mengambil Putrajaya ialah kerana BN dan Umno dikatakan tidak menunjukkan contoh yang baik dalam pembangunan, pentadbiran dan apa aspek juga.

Keburukan Umno, kerajaan dan pemimpinnya itu bukan dirasa buruk oleh PAS dan pembangkang yang lain, tetapi ia dikatakan tidak baik juga oleh setengah pimpinan kanan dan orang Umno sendiri. Contohnya yang sudah menyediakan calon Perdana Menterinya sendiri ialah orang-orang Umno yang keluar memimpin Harapan bersama Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semuanya hendak menukar pentadbiran di Putrajaya kerana terlalu banyak yang tidak baik dari yang baik. Kerana kelemahan yang menonjol itu Putrajaya hendak diambil alih.

Kelantan hendak diambil alih oleh Umno bukan kerana kerajaan dan politiknya tidak baik. Ia sudah baik, dan ia hendak menambah baik saja. Jika hendak menambah baik, tidak perlu ia mengambil alih negeri itu. Salur saja pandangan, nasihat dan peruntukan kekwangan yang secukupnya, supaya ia bertambah baik.

Ada risikonya hendak menambah baik apa yang sudah baik. Takut jadi tikus membaiki labu. Dr. Kamarul Zaman Yusuf dari Universiti Utara Malaysia boleh menyenaraikan keburukan dan kebaikan Kelantan selama sebelas tahun di bawah BN sebelum ditumbangkan semula tahun 1990.

Yang nyata hutang negeri Kelanan kepada Kerajaan Pusat bertimbun. 20 tahun Kelantan di bawah PAS sebelum itu hutangnya tidak sebanyak itu. Sekejap saja ia mengambil alih tidak terhingga hutangnya. Kerajaan PAS terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan hutang itu.

Laporan Ketua Audit Negara, bajet surplusnya yang terbaru dan perkembangan Kewangan Dalam Negara Kasarnya memang menunjukkan negneri itu tidak kurang dari Kerajaan Pusat bahkan lebih baik dari negeri-negeri di bawah BN yang berduit.

Jika diambil Umno ia menjadi labu sekali lagi seperti nasib Malaysia di bawah BN sekarang, maka biarlah ditadbir oleh PAS saja. Dengan Umno membantunya dari luar Kelantan tujuan BN menambah baik Kelantan itu lebih mudah tercapai.

Dan Kelantan dipercayai mampu memacu menambah baik itu juga dibandingkan manifesto PRU14 oleh dua parti itu. Bukan BN saja ada TN50 bagi memacu negara tahun 2050 nanti, PAS juga ada gagasan WINSnya – Wawasan Induk Negara Sejahtera – yang dipacu mulai sekarang hingga 2041-2051 nanti.

Manifesto BN dan TN50 tidak menjanji doa mendapatkan keredhaan Allah, tetapi manifesto PAS dan gagsan WINSnya mewawaskan mardhatillah. Tambah baik Kelanan itu lebih terjamin di bawah PAS.

Yang kacau PAS sekarang bukan BN tapi suku Harapan. – HARAKAHDAILY 13/4/2018