PAS ingin kekal perintah Kelantan, tawan 4 negeri

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan PAS ingin kekal memerintah di Kelantan dan menawan negeri-negeri yang pernah dikuasai iaitu Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor dalam Pilihan raya Umum ke-14, kali ini.

Advertisement

Presiden PAS itu menyatakan demikian pada program Gelombang Hijau Perak PRU14 di SRITI At-Taalim, Seri Iskandar, Perak malam tadi yang disiarkan secara langsung di FB Live. (Foto di atas daripada laman Facebook Tuan Guru)

“Perlu adanya kerusi-kerusi di tiap-tiap negeri. Sehingga hari ini semua negeri ada kerusi PAS kecuali Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak,” ujar beliau.

Menjawab soalan wartawan, beliau menjelaskan bahawa PAS akan bertanding di Sabah dan Sarawak. – HARAKAHDAILY 17/4/2018