Bersedia Tun M bertanding di K. Terengganu?

TADI saya berceramah di Losong Hj Mat Shafie. Saya sebut Tun Mahathir yang bertanggungjawab mulakan masalah berkait isu royalti Petroleum Terengganu sehingga merencat keupayaan merancang pembangunan negeri dengan baik. RM 10 billion wang Terengganu hangus dalam skandal Perwaja di zaman Tun Mahathir.

Advertisement

Bila Tun Mahathir dengan angkuhnya berkata dia boleh menang bertanding di mana-mana Parlimen, di depan hadirin ceramah itu saya meminta izin dari Yang Di Pertua PAS kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah untuk mencabar jika betul Tun Mahathir fikir dia boleh menang di mana-mana pun, kita cabar Tun Mahathir supaya bertanding di Kuala Terengganu.

InsyaAllah rakyat Kuala Terengganu nak beri isyarat besar kepada Tun Mahathir bahawa kami tidak redha walau sesen pun dari apa yang Tun Mahathir perlakukan terhadap Terengganu dalam isu Royalti Terengganu dan mengutuk diskriminasi berasaskan politik yang memangsakan Terengganu dan Kelantan yang majoriti orang Islam dan Melayu.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
17 April 2018 – HARAKAHDAILY 18/4/2018