Usah tuduh PAS tanpa bukti

KOTA BHARU: “Bila orang tuduh PAS mengambil duit Umno tanpa bukti, saya jawab mudah mudah sahaja, maka kita kena juga percaya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada kaitan kes liwat.

Advertisement

“Ini kerana dibawa bukti tilam masuk ke Mahkamah dan kini beliau dipenjarakan,” kata Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Naib Presiden PAS itu berkata, kaedah analogi itu bagi menjawab tuduhan pemimpin Pakatan Harapan terutamanya PAN yang sering melempar tuduhan PAS terima duit Umno.

Katanya, ahli PKR juga kena percaya ketua umum terbabit kes liwat kerana sudah dibukti dengan tilam dan video yang dibawa ke mahkamah.

“Saya berharap ahli serta pendokong PKR menghentikan tindak tanduk yang dilakukan rakan mereka terutamanya PAN yang terus menerus memburukkan PAS,” katanya pada ceramah isu semasa berhampiran Masjid Mukim Panji, Pengkalan Chepa malam semalam.

Turut hadir Adun Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood dan Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Abdul Razak Abas. – HARAKAHDAILY 19/4/2018