Jom Kopi-kopi PAS Tawau dekati penduduk

TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah mengadakan program Jom Kopi-kopi bersama para penduduk Kampung Batu Payung dan Jamaah Ibu Bapa Guru PASTI Nurul Syuhada di perkarangan PASTI itu, di sini semalam.
 
Program tersebut sebagai usaha penerangan dan menyanpaikan sumbangan kepada golongan asnaf selain khidmat kesihatan menerusi pemeriksaan perubatan percuma kepada penduduk.
 
Turut memeriahkan majlis adalah isteri kepada Calon PAS P.190 Tawau dan N.55 Balung iaitu Zaiton Ahmad dan Khairane Kadir.
 
Timbalan Yang DiPertua PAS Tawau, Nasir Che Ali dalam ucapannya menyeru penduduk menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU14 dengan memilih PAS.
 
Ujar beliau, penyertaan PAS menerusi calon-calonnya akan membolehkan suara Islam dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sabah dan agar Islam dilaksana dalam pemerintahan.-HARAKAHDAILY 23/4/2018
Advertisement