PAS komited ke arah negara sejahtera

khairil

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khiruddin berkata, PAS mampu menyelesaikan masalah negara.

Advertisement

Katanya, Islam telah memerintah lebih daripada 1,000 tahun dan lebih daripada tiga perempat dunia.

Ini, ujarnya terbukti Islam mampu untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan.

Kata beliau, oleh kerana itu pendekatan yang diambil PAS berubah.

“PAS menjadi lebih matang dan sejahtera. PAS menggunakan pendekatan taawun siyasi dengan ‘taglinennya’ Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

“PAS ingin membawa negara kepada hala tuju panjang PAS yang dinamakan sabagai Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051).

“Visi PAS pada 2051 ialah kita akan ‘exporting Malaysian capabilities to the world’, insya Allah. Kita anak muda yang ada dalam ini yang akan bersama-sama membantu untuk memperbaiki negara,” kata beliau dalam satu majlis forum.

Penyelesaian PAS terhadap isu sosial di Malaysia

Beliau menambah fakta data dan statistik telah menunjukkan keruntuhan akhlak dan moral semakin parah di Malaysia.

“Dua tahun lepas, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin mendedahkan kes penyalahgunaan dadah semakin kritikal, dengan peningkatan sebanyak lebih 2 kali ganda kepada 30,844 kes,” katanya.

Beliau juga mengulas berkenaan akses terhadap pornografi dipelopori oleh remaja belasan tahun dengan lebih sepertiga daripda mereka berumur di bawah 17 tahun.

“Ini merupakan angka yang amat merisaukan dan barang kali melibatkan adik-adik kita sendiri,” ujarnya.

Maka, kata beliau, di dalam WINS 2051, isu itu diperincikan di mana penyelesainnya ialah di bawah teras pendidikan dan kunci capai keberkesanan pendidikan insan yang merentasi 10 teras utama.

“Program utamanya adalah pendidikan yang berteraskan pembangunan nilai, pembangunan insan atau dipanggil ‘attribute base education‘.

“Konsep ini kita telah ada frameworknya dan kita telah laksanakan di premis-premis sekolah PAS melalui PASTI dan SRITI,” kata beliau.

Tambahnya, PAS akan mengembangkan lagi premis itu ke peringkat SMITI yang akan dirasmi dan dilancarkan di bawah kepimpinan Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Malah, jelasnya PAS bukan sekadar menawarkan pembangunan material seperti mana yang dijajakan oleh kerajaan BN dahulu tetapi juga kepada pembangunan insan.

Ini, katanya kerana PAS yakin bahawa pendidikan mampu untuk menjadi alternatif yang terbaik kepada rakyat.

Turut hadir di dalam forum tersebut ialah wakil-wakil anak muda dari PAS, Ikatan dan Berjasa. – HARAKAHDAILY 23/4/2018