Bekas JKKKP dipujuk sertai Umno semula

GUA MUSANG: Selepas menyertai PAS awal bulan ini bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Dun Nenggiri, Rawi Mohd Noor mendedahkan beliau cuba dipujuk pemimpin Umno.

Advertisement

Beliau berkata, sebanyak enam kali pemimpin Umno Gua Musang datang menemuinya dengan menabur janji manis supaya kembali ke pangkuan Umno.

“Dia kata hendak sambung semula perkhidmatan saya sebagai JKKKP tetapi saya tolak kerana saya sedar ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam PAS.

“Kini saya bekerja bersama PAS dan mengajak kawan-kawan untuk bersama memberi kemenangan kepada gerakan Islam di Gua Musang,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Beliau ditemui selepas majlis ceramah menyertai PAS di perkarangan Pejabat PAS Gua Musang.

Pada program itu seramai 100 ahli Umno dari Kampung Jerek menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Mohd Amar Abdullah. – HARAKAHDAILY 25/4/2018

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)