Mesyuarat Exco terakhir penggal ke-13

KOTA BHARU: “Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Advertisement

“Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan selama ini,” ujar Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Pada masa yang sama beliau turut mengucap terima kasih kepada pegawai kerajaan yang telah memberikan kerjasama.

Katanya, ucapan terima kasih diberi kepada seluruh jabatan dan rakyat Kelantan yang telah memberikan mandat kepada kerajaan negeri sehingga kini.

Hari ini merupakan mesyuarat Exco terakhir bagi penggal ke-13. – HARAKAHDAILY 25/4/2018