‘Belajar dengan percuma, ini kita nak didik’

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bercadang untuk memperkenalkan pendidikan percuma.

Advertisement

“Belajar dengan percuma, ini kita nak didik,” kata beliau dalam Program Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS dan Munajat PRU 14 yang bersiaran langsung dari Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan, Ampangan, Negeri Sembilan, malam tadi yang disiarkan secara langsung menerusi laman facebook.

Beliau kemudiannya menjelaskan cara pelaksanaan pendidikan percuma kepada hadirin.

“Orang tanya bagaimana kita nak buat. Boleh buat. Di England mengamalkan negara kebajikan, ‘welfare state’.

“Belajar percuma di England, yang pernah dulu orang putih perintah kita sekolah percuma dulu,” ujar beliau.

Beliau menjelaskan bahawa duit bagi menampung pendidikan percuma akan diambil daripada cukai-cukai industri, korporat dan cukai terhadap orang kaya sebagaimana yang dipraktikkan di negara luar.

PAS sebelum ini melancarkan manifesto yang antaranya memuatkan pelupusan hutang PTPTN sebagai langkah permulaan kepada pendidikan percuma. – HARAKAHDAILY 27/4/2018