Calon PAS santuni peserta futsal

TITIWANGSA: Calon PAS P.119 Titiwangsa, Mohamad Noor Mohamad telah hadir memeriahkan Kejohanan Futsal yang diadakan di Kampung Perwira Jaya, di sini hari ini.
 
Pertandingan disertai lapan pasukan itu adalah anjuran PAS Cawangan Desa Pahlawan dengan kerjasama PAS Cawangan Perwira Jaya menarik perhatian terutama anak muda.
 
Malah turut serta adalah calon PAS P.100 Pandan, Ustaz Mohamed Sukri Omar dan calon PAS N.21 Pandan Indah, Dato’ Ar Iskandar A Samad serta Pengarah JPrK Titiwangsa, Yaacob Omar.
 
Mereka bersama menyempurnakan gimik perasmian pertandingan menerusi tendangan penalti selain menyampaikan ucapan pengenalan calon.
 
Mohamad dalam ucapannya berharap agar pertandingan sedemikian diadakan ke peringkat lanjutan, manakala Dato’ Iskandar mahu prasarana sukan disediakan dimanfaat penduduk ke arah penyatuan. -HARAKAHDAILY 29/4/2018
Advertisement