Calon PAS aktif temui masyarakat

NIBONG TEBAL: Calon PAS N.20 Sungai Bakap, Ustaz Osman Jaafar bersama isteri berkesempatan singgah di Sukaneka PASTI Ibnu Sina Cawangan Sungai Duri.
 
Kehadiran beliau itu meluangkan masa menyantuni anak-anak PASTI dan menemui para waris pada acara yang berlangsung di Padang Awam Taman Sungai Duri Indah, di sini semalam.
 
Turut sama pada majlis penuh meriah itu adalah calon PAS P.047 Nibong Tebal, Helmi Harun yang berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang sukaneka tersebut.
 
Ustaz Osman dalam kempennya pada hari sama turut menemui masyarakat India di Puteri Gunung yang memberi reaksi positif dan harapan kepada PAS untuk menerajui perubahan dari PRU14 ini.
 
Kempen dari rumah ke rumah yang dilaksanakan bersama pasukan kempennya itu turut merekodkan pelbagai luahan masyarakat India terhadap isu dan permasalahan hidup mereka. -HARAKAHDAILY 30/4/2018
Advertisement