Solat jenazah pertaut hubungan keluarga Khairuddin

KUALA NERUS: Solat jenazah diimami oleh Ustaz Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini mempertemukan beliau dan isteri, Ustazah Datin Anili dengan keluarga terdekat Allahyarham Ramli Embong, bapa kepada Datin Anili.

Advertisement

Menurut Che Mah yang memperkenalkan diri beliau sebaik melihat kehadiran Dr Khairuddin dan isteri, beliau berpangkat tiga pupu dengan Allahyarham Ramli dan juga mempunyai pertalian saudara sebelah keluarga ayah Dr Khairuddin sendiri di Kampung Tok Kaya, Kuala Terengganu. Che Mah hadir menziarahi si mati yang merupakan besan beliau.

Dr Khairuddin pagi ini mengimami solat jenazah Allahyarham Habsah Othman di Taman Semarak, Bukit Tunggal yang meninggal pada usia 82 tahun.

Sebelumnya Dr Khairuddin minum pagi bersama rakyat di hadapan Mydin Mall.

Usai sahaja solat janazah, beliau bergegas pula ke Banggol Peradong, Dun Buloh Gading untuk sesi ziarah rakyat sakit dan miskin. – HARAKAHDAILY 30/4/2018