Bob bawa ‘oksigen’ bantu kempen PAS

KOTA BHARU: Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman, 54 membawa tangki oksigen mudah alih ketika turun membantu calon PAS berkempen.

Advertisement

Katanya situasi kesihatannya sekarang semakin menurun, menyebabkan beliau membawa tong oksigen ke mana sahaja pergi.

Bagaimanapun menurutnya beliau merasakan ada suatu kekuatan untuk turut menyumbang khidmat sekadar termampu bagi memastikan kemenangan PAS.

“Saya tiada pilihan hendak duduk sahaja pun, saya sudah tidak sihat dan tidak larat jalan, hendak jadi orang politik pun tidak pandai, jadi ambil peluang ini untuk bantu agar Islam menang.

“Bukan dengan Barisan Nasional dan Umno lawan PAS sudah lama, tetapi PAN walaupun dia tidak kuat tetapi gerakan fitnah bagi memburuk-buruk PAS itu sangat kuat,” katanya ketika ditemui di sini. – HARAKAHDAILY 1/5/2018