10 kesilapan besar Nik Omar

SETAKAT ini, mengikut pengamatan saya, 10 kesilapan besar telah calon PAN di N.03 Chempaka, Nik Omar Datuk Nik Abdul Aziz, lakukan sejak menceburkan diri dalam bidang politik dengan menyertai PAN dan menjadi calon PAN di N.03 Chempaka.

Advertisement

Kesilapan besar pertama Nik Omar ialah meninggalkan parti yang Almarhum ayahanda beliau dan yang ahli-ahli keluarga beliau sertai sejak zaman berzaman, iaitu PAS, untuk menyertai PAN dan untuk menjadi calon PAN di N.03 Chempaka.

Kesilapan besar kedua Nik Omar ialah menyertai PAN dan menjadi calon PAN di N.03 Chempaka tanpa terlebih dahulu memohon restu dari bonda beliau yang menimbulkan persepsi beliau bukanlah anak yang mematuhi kata-kata bonda beliau.

Kesilapan besar ketiga Nik Omar ialah menyertai PAN dan menjadi calon PAN di N.03 Chempaka dengan melanggar kata-kata beliau sendiri yang beliau tidak akan berbuat begitu yang menimbulkan persepsi kata-kata beliau tidak boleh dipegang.

Kesilapan besar keempat Nik Omar ialah mengasosiasikan diri dengan mereka yang ditarik balik darjah kebesaran mereka pada 6 Februari 2018, iaitu Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Abdullah, yang menimbulkan persepsi beliau tidak menghormati Sultan Kelantan.

Kesilapan besar kelima Nik Omar ialah berceramah di Bachok bersama-sama calon PAN di N.21 Pantai Irama, Ismail Ghani, yang ditarik balik darjah kebesarannya pada 9 Mei 2010 yang menimbulkan persepsi beliau tidak menghormati Sultan Kelantan.

Kesilapan besar keenam Nik Omar ialah berceramah di Bachok bersama-sama calon PAN di N.21 Pantai Irama, Ismail Ghani, yang bercanggah dengan kata-kata beliau sendiri yang mendoakan adinda beliau, Nik Mohamad Abduh, berjaya di Bachok.

Kesilapan besar ketujuh Nik Omar ialah berceramah di luar Kelantan bersama-sama pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain yang bercanggah dengan kata-kata beliau sendiri yang menyebut beliau hanya akan “Fikir tentang Negeri (Kelantan)” bukan “Tentang negara”.

Kesilapan besar kelapan Nik Omar ialah berceramah di Putrajaya bersama-sama Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ditarik balik darjah kebesarannya pada 6 Februari 2018 yang menimbulkan persepsi beliau tidak menghormati Sultan Kelantan.

Kesilapan besar kesembilan Nik Omar ialah berceramah di Putrajaya bersama-sama Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dalam ceramahnya di Putrajaya pada 27 April 2013 menghina Almarhum ayahanda beliau tanpa meminta maaf.

Kesilapan besar kesepuluh Nik Omar ialah mengeluarkan kenyataan “Ambo tidak tinggal PAS, cuma ambo pilih PH”, dan “Ambo tidak keluar (dari PAS), tapi ambo dipecat” yang menimbulkan persepsi beliau begitu naif sekali dalam berpolitik.

Takkanlah Nik Omar begitu naif sekali sehingga tidak tahu bahawa di dalam Perlembagaan PAS jelas tercatit peruntukan berbunyi “Semua ahli PAS hendaklah menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini”?

Takkanlah Nik Omar begitu naif sekali sehingga tidak tahu bahawa di dalam Perlembagaan PAS jelas tercatit peruntukan berbunyi “Semua ahli PAS hendaklah mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti”?

Mana ada di Malaysia ini, malah di seluruh dunia sekalipun, seseorang individu masih kekal menjadi ahli sesebuah parti politik setelah beliau membuat keputusan untuk menyertai sebuah parti politik lain dan untuk menjadi calon parti politik itu di dalam sesuatu pilihan raya? – HARAKAHDAILY 2/6/2018