PAS alternatif baru, pilihan terbaik PRU14

KUALA LUMPUR: PRU14 pasti mendebarkan pihak lawan kerana kali ini Gagasan Sejahtera mempertaruhkan Yang Dipertua PAS Kawasan Jerlun, Abdul Ghani Ahmad sebagai calon Parlimen P005.

Advertisement

Sememangnya pengundi sedia maklum Parlimen Jerlun pernah ditadbir oleh parti Barisan Nasional oleh Datuk Seri Mukhriz (2008) dan Othman Aziz (2013).

Namun apa yang menariknya dalam ucapan Abd Ghani semalam memberikan alternatif baru untuk pengundi-pengundi di sana untuk membuat penilaian.

“Kali ini kita merayu kita minta bagi adil seorang sekali. Dulunya BN sekarang dah jadi PKR (Mukhriz) dan BN (Othman Aziz), maka kali ini bagi pada PAS dan saya sebagai calon,” katanya.

Tambahnya, penilaian dua penggal pemerintahan dari dua parti komponen jelas telah gagal mengurus tadbir negara dengan baik.

Ekonomi rakyat jadi keutamaan

“kita terbeban dengan GST yang tak sepatutnya diadakan dan sekiranya PAS diberi mandat untuk memerintah kita akan hapuskan GST serta merta,” katanya dalam ucapan di Markas Pas Paya Stesyen, Kedah.

Selain itu, beliau turut menekankan tentang harga pasaran minyak di Malaysia.

“PAS akan turunkan harga minyak dengan harga yang munasabah dan tingkatkan subsidi kerajaan,” kata beliau.

Beliau yakin dengan dua isu yang dibentangkan akan meningkatkan keyakinan pengundi untuk mengundi PAS pada PRU14 ini.

PAS, ujarnya kini berhadapan dengan pelbagai suasana dan kepelbagaian masyarakat.

PAS perjuangkan Islam

“Yang dapat menyatukan kita semua adalah Islam.

“Apakah dalam hal berkaitan dengan Islam ini kita nak berbeza? Jadi marilah kita semua memberikan sokongan kepada PAS atas nama Islam.

“Islam itulah yang Allah akan tanya pada kita semasa kita duduk di atas muka bumi ini. Dengan Islamlah kita selamat,” katanya.

Menurutnya, PAS adalah alternatif baru dan pilihan terbaik untuk PRU kali ini untuk Parlimen Jerlun di antara ketiga-tiga parti yang berjuang.

“PAS lah satu-satunya parti yang berjuang atas nama Islam. Maka menjadi satu kewajipan kena pangkah (parti) Islam melalui calon yang berjuang,” sebagai penutup – HARAKAHDAILY 2/5/2018