Mengapa kes rasuah Guan Eng belum dibersihkan?

SPRM tidak mengambil masa lama menyiasat tohmah terhadap Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang membeli banglo yang disewanya dari tuan tanah dengan harga yang murah. Dan SPRM juga tidak lama untuk mendakwa pemimpin DAP yang terkenal penentang rasuah tersohor di negara ini.

Advertisement

Sudah lebih setahun dakwaan dibuat kes itu belum dibicarakan lagi. Kes orang sepenting itu, yang menyandang jawatan awam terpenting dalam kerajaan patut disegerakan supaya orang tidak tergantung-gantung tentang bersih tidaknya pemimpin itu.

Pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan, apabila sudah didakwa di makamah tidak wajar ditunggu lama perbicaraan bagi meyakinkan rakyat dan pelabur bahawa pemimpin mesti bersih dan kerajaannya bersih.

Apabila pemimpin kerajaan berada dalam keadaan terapung ia menimbulkan persepsi negatif tentangnya dan kerajaan.

Masa tentu cukup bagi membicarakannya sebelum PRU14 sekarang. Supaya ketua meneri itu boleh menyertai pilihan raya dalam dia berwibawa dan integriti dan supaya pengundi tidak teragak-agak memilih pemimpin tidak dipalit kes rasuah, satu beban berat yang membebannya.

Perlunya penyelesaian segara dibuat supaya tidak meragukan rakyat berurusan dengannya. Bila dia tidak dibersihkan, maka apa kita hendak terang kerajaan dan bagi kedudukan orang/rakyat hendak berurusan dengn orang yang diragukan.

Sepatutnya kita sudah tahu sekarang, apakah pemimpin DAP itu bersih atau tidak bermaruah? Bila sudah rasuahnya disabitkan, maka kerja mewujudkan kerajaan baru dan pemimpin yang bersih.

Dan dunia akan tahu apakah perjuangan anti rasuh betul atau ia omong kosong saja.

Apabila kesnya tidak diselesaikan atau dia tidak dibersihkan, maka ini bererti SPRM sengaja membiarkan wujud di tengah masyarakat kerajaan dan pemimpin yang terus dipertikai wibawanya.

Apa juga politik DAP dan Guan Eng dan hendak ke mana politik negara ini hendak dibawanya itu adalah urusannya. Sepanjang dia jadi juara memperjuang politik bersih dan anti rasuah, orang menghormatinya. Mulai ada orang-orang Melayu yang terkenal yang tertarik dengan ketelusan dan ketulusannya. Sedang-oang orang-orang Melayu itu tahu apa persepsi orang Melayu terhadapnya.

Mereka lupa Cinanya dan tabik kepadanya dengan imej dan perjuangannya. Sebalik sebagai orang Melayu yang patut menyokong Melayu, malu dengan politik Melayu yang dirasakan suka rasuah dan tidak bersih. Tapi senang dengan DAP yang dirasakan benci rasuah.

Dalam keadaan itu Guan Eng membeli rumah mahal dengan harga yang tidak rendah harga pasaran. Kerana yang menjual dirasakan ada kepentingan dan yang membelinya pula dirasakan ada kepentingan dan dia Ketua Menteri pula, maka saluran dikaitkan dengan rasuah.

Dengan perkembangan dan kelemahannya, Guan Eng diheret ke mahkamah dan secara automatic dia tidak boleh dikata bersih lagi.

Mahkamah yang dapat menentukan dia bersih atau tidak. Tetapi kesnya dilambat. Selagi ia belum ditentukan oleh mahkamah terbiarlah Guan Eng sebagai bukan betul-betul bersih. Membiarkan ia tergantung bukan satu tindakan yang wajar.

Dalam suasana itu dia masuk pilihan raya bagi mempertahankan kerajaan. SPRM seolah-olah suka dia tidak diselesaikan bersih atau tidak bersih.

Apakah mahkamah amat padat? Sama ada mahkamah sesak atau halangan lain, keutamaan patut diberi terhadap kesnya supaya tidaklah ada dalam masa kita kerajaan tidak tentu status bermaruah atau sebaliknya.

Atau sama-sama tidak berwibawa? Apakah BN yang sarat imej rasuahnya suka ada kerajaan dan parti yang sama cincai wibawanya. Kurang adil melambat-lambatkan kesnya. – HARAKAHDAILY 4/5/2018