Ayuh anggota tentera lakar perubahan bersama PAS

SAYA sebagai Presiden Kebajikan Rangkaian Bekas ATM (Kerabat Veteran Malaysia ) yang merupakan sebuah entiti dalam organisasi PAS Pusat, kami sekretariat KERABAT merakamkan jutaan penghargaan kepada Presiden PAS dan semua Pesuruhjaya negeri yang telah merestui 24 orang veteran ATM untuk bertanding dalam PRU14.

Advertisement

Satu peluang besar yang sewajarnya dimanfaatkan oleh semua pengundi dari kalangan pegawai dan anggota ATM serta kakitangan keselamatan negara.

Stastik rawak dijangka seramai hampir 650,000 yang bakal mengundi pada 5 Mei 2018 dan hampir sejuta veteran ATM dan PDRM serta ahli keluarga mereka pada 9 Mei 2018.

Saya merayu kepada semua pegawai dan anggota ATM, PDRM, APMM dan semua agensi keselamatan dan isteri yang akan turun mengundi agar keluar melaksanakan hak kita sebagai pengundi.

Jika PAS diberikan mandat untuk memerintah negara kita yang tercinta ini, Kerabat yang sedia wujud dalam oraganisasi PAS telah berjaya mengetengahkan 24 orang bekas ATM sebagai calon kita bertanding dalam PRU14.

Intipati pelan strategi Wawasan Induk Negara dalam skop Lujnah@Biro Pertahanan Dan Kedaulatan Negara akan terus kita perjuangkan di samping memperkasakan ATM dan veteran secara bersepadu dan berkebajikan.

Bakal veteran yang bertanding ini insya Allah akan berjuang mewakili PAS untuk terus berkhidmat membela ATM, PDRM dan agensi keselamatan serta veteran di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebagai pembuat dan penggubal dasar.

Jika diberikan mandat mereka akan memberikan tumpuan terhadap kebajikan pegawai dan anggota ATM, PDRM dan agensi-agensi keselamatan negara serta isteri mereka. Kita semua sebagai pengundilah yang berhak memilih bakal pimpinan negara yang baru.

Negara kita akan terus maju dan terbilang jika diperkasakan seluruhnya mengikut sistem yang lebih berprinsip dan bersandarkan Al-Quran, Hadis, Qias dan Jumhur Ulamak.

PAS adalah pilihan terbaik dan berusaha gigih serta komited membela memperkasakan ATM dan merungkai kemelut kebajikan semua veteran dari sudut pelarasan gaji, pencen dan elaun dan perkhidmatan.

Malah kita juga sudah mempunyai kerangka pelan dasar yang kita perjuangankan sejak PRU13 yang lepas untuk perolehan tanah selaras dengan peruntukan PMAT 1973 secara berhemah serta membina Bandar Baru Veteran sebagai Pertahanan Lapisan ke-3 yang akan diketengahkan menjadikan veteran lebih berketerampilan dan kekal berbakti kepada negara dan angsa di samping mampu menempatkan 5,000-10,000 veteran di setiap negeri yang kita perintah jika menguasai Kerajan Pusat.

Insya Allah, melalui Dana LTAT yang mencecah RM100 billion ini veteran akan diberikan sebuah rumah secara percuma. Keutamaan adalah kepada veteran tanpa rumah dan balu-balu ATM yang tidak berupaya. PAS adalah pilihan terbaik untuk menerajui negara dan terus membela ATM dan veteran.

Jom pegawai ATM, PDRM, agensi-agensi keselamatan, veteran, isteri dan semua rakyat Malaysia, kita turun mengundi pada 5 dan 9 Mei ini untuk memilih calon daripada PAS.

Suka saya mengingat semua pegawai dan anggota bahawa kita berkhidmat kepada negara dan kita adalah ‘King Soldier’. Kita taat dan setia hanya kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja kita serta pegawai atasan kita.

Dalam sudut demokrasi, setiap dari kita berhak memilih calon pimpinan kerajaan baru dari mana mana parti yang kita suka kerana kuasa memilih adalah di tangan kita sebagai rakyat yang merdeka, Selamat mengundi. Takbir!

Lt. Kol (B) Mohd. Nazari Mokhtar
Presiden KERABAT