Hanya PAS pilihan untuk kuburkan BN

PAS Batu meneliti keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah dan berharap semua pihak dapat menerimanya dengan penuh hormat dan akur kepada keputusan tersebut.

Advertisement

PAS Batu juga merakamkan ucapan takziah kepada Sdr Tian Chua dan PKR/PH atas keputusan itu.

Pun begitu, misi untuk mengalahkan BN bukanlah berada di jalan buntu, bahkan ia semakin terbentang luas. Saya optimis bahawa PAS boleh mengalahkan BN.

Tinggal lagi pendirian PKR/PH sama ada mahu menyumbang kepada kekalahan berganda BN atau terus meletakkan BN dalam kedudukan selesa.

Sekiranya PKR/PH benar-benar ikhlas dan komited mahu mengalahkan BN, satu-satunya pilihan yang ada adalah dengan memberikan sokongan dan undi kepada PAS pada 9 Mei nanti.

”Kita Sejahtera Bersama”
”Sejahtera Bersama Islam”

AZHAR YAHYA
Calon P.115 Batu / YDP PAS Kawasan Batu
04 Mei 2018 | 18 Syaaban 1439 – HARAKAHDAILY 4/5/2018