Non-Muslim yakin keadilan PAS 

MASYARAKAT Bukan Islam di Malaysia, termasuklah di Sabah semakin yakin dengan keadilan dan kebajikan yang dibawa oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Advertisement

Dalam konteks Sabah, ianya terbukti apabila seorang calon bukan Islam iaitu Saudara Satail Majungkat menjadi calon bagi Dewan Undangan Negeri Kadamaian.

PAS merupakan sebuah parti yang berlaku adil untuk semua. Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa masyarakat bukan Islam yakin akan perjuangan PAS.

Walaupun ada pihak-pihak tertentu yang cuba memainkan sentimen negatif, seperti mengatakan PAS sudah menggadaikan prinsip Islam dengan bekerjasama dengan Bukan Islam atau ada juga yang mengatakan PAS cuba menarik orang bukan Islam untuk masuk Islam, tetapi semua itu tidak berasas.

PAS berjuang dengan ikhlas membawa keadilan dan kebajikan untuk semua. PAS tidak akan memaksa sesiapapun untuk masuk Islam kerana ianya bercanggah dengan ajaran Islam.

PAS Sabah yakin bahawa masyarakat Sabah perlu pembelaan yang adil tidak kira bangsa dan agama. Islam mengajar supaya pemimpin mesti berlaku adil untuk semua.

Sepertimana negeri yang PAS perintah sekarang iaitu Kelantan, dan negeri-negeri lain yang pernah dipimpin oleh PAS iaitu Kedah, Perak dan Terengganu, tidak ada sebarang penindasan terhadap masyarakat bukan Islam.

PAS Sabah menyeru supaya masyarakat Sabah menerima dan memberi sokongan kepada PAS kerana PAS satu-satunya parti yang bersih daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

DR ALIAKBAR GULASAN
Setiausaha PAS Negeri Sabah – HARAKAHDAILY 4/5/2018