3 sebab PAS menjadi pilihan rakyat

KUALA LUMPUR: Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali Takiri, calon PAS bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus menekankan tiga sebab mengapa PAS sepatutnya menjadi pilihan rakyat pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

Advertisement

“PAS menawarkan Islam sebagai asas bernegara dan hanya PAS yang menawarkan Islam untuk membina negara.

“Kedua, PAS adalah parti yang bersih dan bebas rasuah.

“Terakhir, PAS menawarkan polisi-polisi dan dasar-dasar mesra rakyat, yang membantu rakyat untuk hidup lebih baik dan bahagia jauh daripada apa yang dilaksanakan oleh BN,” katanya dalam Perhimpunan Anak Muda Bersama Ulama’ Sempena PRU14 di Dataran Haji Puteh, Kg Batu 6, Kuala Nerus semalam yang disiarkan menerusi laman Facebook.

Tambahnya, sedangkan BN telah memperkenalkan cukai yang zalim yang tiada seorang pun setuju iaitu cukai GST.

Jelas beliau, PAS akan menghapuskan GST dan memperkenalkan alternatif baru cukai Islam yang dipungut dari orang kaya iaitu berdasarkan pegangan Saham di Bursa Malaysia yang dapat memberikan pendapatan kepada negara sebanyak RM 47.5 billion berbanding cukai GST hanya RM 44 billion tetapi diambil daripada poket rakyat.

“GST yang PAS akan hapuskan dan cukai Islam yang akan diperkenalkan bakal menggamit rakyat untuk bersama PAS bukan hanya di Kuala Nerus bahkan Terengganu dan Malaysia,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 5/5/2018