Kedudukan sebenar peristiwa Memali

PAS menerima permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad di atas ketelanjuran beliau menuduh kematian mangsa Memali sebagai “Mati katak”. Walau bagaimanapun ada persoalan pokok yang lebih besar yang masih belum diselesaikan oleh Tun M, iaitu kedudukan sebenar Peristiwa Memali.

Advertisement

Oleh itu, PAS tetap dengan pendirian bahawa RCI diperlukan bagi memastikan keadilan kepada seluruh keluarga mangsa Memali.

Tun M telah membuat pelbagai siri tuduhan berkenaan isu ini termasuk menuduh polis-lah yang bertanggungjawab membunuh mangsa Memali. Keterangan Tun Musa Hitam mengenai arahan Tun M ketika itu juga diperlukan untuk membongkar isu secara telus dan terang.

Semua tuduhan ini perlu disiasat dan diperjelaskan termasuk siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab memberi arahan kepada operasi itu.

RCI juga perlu memastikan mereka yang bersalah dan bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dan diambil tindakan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
5 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 5/5/2018