Pengundi luar diseru pulang, sokong PAS

ALOR SETAR: Pengundi Luar Kawasan (PLK) Kedah, diseru agar pulang menunaikan tanggungjawab pada 9 Mei ini untuk memberi sokongan kepada PAS dalam PRU14 kali ini.

Advertisement

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, melahirkan keyakinan bahawa pengundi luar kawasan akan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada PAS dan komitmen berkenaan dijangka dapat melonjakkan lagi ‘Kemenangan sedia ada’ kini.

“Dalam untuk memastikan Kedah kembali kepada PAS, pengundi luar kawasan juga mempunyai peranan yang besar.

“Kegagalan mereka untuk pulang mengundi akan mempengaruhi keputusan pengundian,” jelas beliau.

Justeru itu, beliau mengharapkan agar semua pengundi luar kawasan di seluruh Kedah berusaha untuk pulang ke kampung halaman untuk mengundi dan dapat mengekalkan sokongan terhadap PAS dalam usaha mengambil semula Kedah daripada BN.

Jentera PAS jangan tenggelam punca

Beliau juga menyeru ahli-ahli dan penyokong PAS dinasihatkan agar bersabar dan tidak memberi reaksi keterlaluan ekoran provokasi murahan pihak-pihak tertentu untuk mencalarkan imej PAS terutama menjelang detik-detik akhir PRU.

Beliau mengharapkan agar jentera pilihan raya PAS tidak mudah “Tenggelam punca” dan bertindak di luar batasan.

“Pihak lawan seperti tidak ada modal dengan membangkitkan isu-isu lapuk dan memfitnah dan mentohmah PAS,” ujarnya.

Sungguhpun begitu, setakat ini ahli-ahli dan penyokong PAS masih mempunyai disiplin yang tinggi dan lebih menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk menjawab sebarang serangan.

Selain itu, jentera PAS diminta sentiasa berada di dalam keadaan siap sedia untuk mengawal situasi dan tidak teragak-agak untuk melakukan tangkapan awam sekira terdapat sogokan terhadap pengundi di saat akhir.

“Saya mengharapkan agar tempoh kempen yang tinggal beberapa hari sahaja berbaki ini berjalan menggunakan saluran demokrasi dengan cara yang betul,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 5/5/2018