Kempen terdesak PH ziarah kubur pemimpin PAS

PENGKALAN CHEPA: Pakatan Harapan (PH) dianggap sebagai terdesak apabila pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa melaksana agenda menziarahi kubur pemimpin PAS yang sudah lama meninggal dunia.

Advertisement

Malangnya hasratnya mahu menziarahi kubur bekas Mursyidul Am, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dibenarkan salah seorang anak Tok Guru.

Nik Adli, pernah ditahan ISA ketika Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri atas dakwaan terbabit dengan Militan.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, menjelang saat akhir kempen PRU14 pemimpin tertinggi PH mengadakan pula program Ziarah Kubur.

Katanya, disebabkan ada kepentingan politik beliau sanggup menziarah kubur pimpinan PAS yang pernah menjadi mangsanya sebelum ini.

“Sepanjang karier politik Almarhum Dato’ Mohd Fadzli Noor beliau kekal bersama PAS biar pun diserang pemimpin Umno,” katanya ketika ditemui pada program ziarah di rumah aktivis PAS, Almarhum Ustaz Mohd Nawi.

Hadir sama isterinya, Datin Hasmahani Hussin dan isteri calon Parlimen Pengkalan Chepa, Pg Siti Rodziah Pg Abdullah. – HARAKAHDAILY 6/5/2018