Pendidikan jadi keutamaan di Parlimen Seremban

SEREMBAN: “Ini adalah punca awal rasa tidak puas hati, benci-membenci antara kaum dan rasa tidak adil sesama kita.

Advertisement

“Islam perlu dilaksanakan, Islam ada jalan penyelesaian. Allah telah sediakan manual untuk kita,” kata calon PAS bagi Parlimen Seremban, Haji Sharifuddin Ahmad.

Beliau menyatakan demikian pada Program Teh Tarik beliau dan calon PAS bagi N.10 Nilai, Mohd Abu Zarim Abdul Rahman di sini, semalam.

Ditanya bagaimana komitmen parti untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, katanya, Rasullulah telah mendidik kita untuk mentarbiyah manusia, baginda melarang kita mengamalkan sifat Asabiyah.

Tambahnya, rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama perlu diberikan penerangan yang jelas tentang keindahan Islam dan dilayan secara adil serta saksama.

“Perlu dimaklumkan juga kesilapan bukan daripada agama Islam, tetapi oleh penganut yang tidak mengamalkan agama secara keseluruhan,” ujarnya.

Beliau turut ditanya mengenai manifesto khas bagi Seremban.

“Untuk peringkat Parlimen Seremban, kesemua fakir miskin tanpa mengira bangsa perlu dikenal pasti kepakaran mereka melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dijanakan ekonomi melalui kepakaran itu. Selain itu, sekolah-sekolah perlu direwiring, bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Akibat pertambahan dan kepadatan penduduk di Nilai, sekolah perlu ditambah. Ini bagi memberi keselesaan kepada murid,” tambah Mohd Abu Zarim pula.

Menurutnya, terdapat soalan daripada Facebook, bertanya mengapa PAS tidak bergabung dengan PH.

“Gabungan ini terputus kerana dasar kita ditentang secara terang. Trek kita sudah tak sama dengan mereka,” katanya.

Beliau menambah, walau bagaimanapun PAS tidak bersendirian kerana bersama Gagasan Sejahtera. – HARAKAHDAILY 6/5/2018