Shahir bawa aspirasi calon anak muda

DEWAN Pemuda Ikatan Malaysia sangat teruja dengan pencalonan Ketua Pemuda Ikatan Malaysia, Saudara Shahir Adnan yang mewakili Gagasan Sejahtera mengguna tiket PAS untuk bertanding di Parlimen P.104 Subang.

Advertisement

Buat julung kalinya dalam tempoh 20 tahun, Saudara Shahir sebenarnya membawa aspirasi anak muda untuk bertanding dengan calon-calon lain yang jauh lebih berusia daripadanya. Saudara Shahir membawa aspirasi calon anak muda yang bertenaga, bebas rasuah dan profesional.

Calon anak muda P.104 Subang ini telah mengumumkan sekiranya diberi mandat dan kepercayaan untuk memimpin Parlimen Subang, beliau akan mengusahakan supaya dibuka satu klinik profesional yang dipanggil Klinik Pro. Klinik ini merupakan satu pusat yang berkonsepkan “One-Stop Center” yang berfungsi untuk memberikan khidmat latihan dan nasihat bagi pelajar sekolah menengah di peringkat PT3 dan SPM, serta pelajar lepasan SPM dan Universiti.

Saudara Shahir akan mengumpulkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk membimbing para pelajar tersebut ke arah minat masing-masing supaya mereka menjadi insan yang cemerlang dan berpendapatan tinggi. Kini para pelajar dan ibu bapa tidak perlu risau tersilap langkah kerana team Shahir Adnan sedia berkhidmat untuk anak bangsa Malaysia, khususnya anak Subang.

Pendidikan adalah penting bagi melahirkan generasi yang terpelajar dan berpendapatan tinggi. Usaha ini adalah yang pertama di Malaysia dan diharapkan Shahir Adnan diberikan peluang untuk mencurah khidmat bakti kepada rakyat Malaysia, khususnya penduduk Subang.

Dewan Pemuda IKATAN
Parti Ikatan Bangsa Malaysia
6 MEI 2018 – HARAKAHDAILY 6/5/2018