PRU14: Masanya memilih PAS pula

ROSAKNYA Malaysia kerana pemimpin rasuah. Pilih PAS yang terbukti tidak rasuah. BN dan PH banyak kes rasuah. Rosaknya umat Islam dan kedudukan agama Islam kerana pemimpin yang anggap Islam “Tidak berapa penting”.

Advertisement

Syariah diperlekeh. Mahkamah Syariah diperkecil. Pemikiran umat dibiar keliru dengan aliran Atheisme (tak beragama), Liberalisme, Sekularisme, Pluralisme (agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu sama taraf saja), Feminism (pertikai hak wanita, kebebasan serba-serbi untuk wanita, wanita boleh jadi imam solat untuk lelaki), masalah hiburan melampau, arak, judi, zina, maksiat berleluasa. Hanya PAS yang tegas dan berprinsip dalam soal akidah umat dan kepentingan kedudukan Islam.

PAS masuk bertanding 160 kerusi Parlimen, lebih separuh bilangan kerusi Parlimen yang ada. Ini sebagai membuka peluang dan pilihan kepada rakyat jika mahu melihat PAS berperanan dalam kerajaan tanpa tertakluk pengaruh DAP dan kalangan Sekular. Rakyat sudah ada pilihan dengan memilih seramai mungkin calon dari PAS untuk berjuang di dalam Dewan Rakyat.

160 kerusi Parlimen diisi oleh calon-calon PAS yang diakui oleh pelbagai pengkaji sebagai memiliki kriteria kelayakan, sahsiah yang lebih baik dari calon-calon BN atau PH.

PAS menawarkan 70 peratus kalangan Teknokrat, Profesional. Ulama yang berwibawa 30 peratus dalam memacu peranan Islam Memimpin Malaysia Sejahtera. Ramai Tokoh, Pakar-pakar pelbagai bidang yang terkenal di peringkat antarabangsa jadi calon PAS. Petanda jelas PAS serius mengambil-alih untuk memajukan negara.

Dalam soal kepentingan Melayu, PAS pertegaskan konsep hubungan rapat Ulama dan Umara dalam mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu. PAS pertegaskan Bahasa Melayu mesti jadi bahasa untuk ajar anak-anak kita belajar di sekolah. PAS mahu rakyat jangan sampai tak tahu tulisan jawi. PAS akan kembalikan kuota untuk orang Melayu di IPT, Biasiswa Mara. PAS akan perkasakan fungsi dan peranan Mara.

Terengganu dan Kelantan negeri majoriti lebih 90 peratus orang Melayu Islam. Wang petroleum dari Negeri Terengganu dan Kelantan mesti majukan negeri-negeri berkenaan dulu, bukan untuk biayai pemborosan projek mega di tempat lain sehingga melupakan negeri asal hasil petroleum.

Budaya Politik Matang dan Sejahtera anjuran PAS boleh membina perpaduan dan keharmonian antara kaum, agama, kepelbagaian pendirian politik. Ia menolak politik kebencian, fitnah, Rasisme, Ekstremisme.

Ia mengajak rakyat usah buang masa berkelahi tak berkesudahan. Mari fokus bangunkan negara, tingkatkan produktiviti, kreativiti, inovasi, teknologi, kebersihan, keberkesanan, disiplin, moral dan etika yang baik.

“Pilih PAS, Undi PAS”

HAJI AMZAD HASHIM
P.036 Parlimen Kuala Terengganu 
8 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 8/5/2018