Orang ramai tumpu Medan Ilmu malam ini

KOTA BHARU: Orang ramai di sini boleh mengikuti pengumuman secara langsung keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Advertisement

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, orang ramai boleh mengikuti keputusan melalui tayangan ‘big screen’ di Medan Ilmu selepas solat Isya.

Manakala orang ramai mulai berkumpul di perkarangan pejabat PAS Kelantan.

Sebelum Maghrib tadi kelihatan ramai pemimpin hadir dan mereka berkumpul di Tingkat Dua Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Kelihatan hadir Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato Che Abdullah Mat Nawi dan Speaker Dun, Dato’ Abdullah Yakob. – HARAKAHDAILY 9/5/2018