Tidak puas hati tunggu 3 jam untuk undi

RASAH: Pengundi Saluran 2 di Sekolah Wawasan SJKT Convent, Seremban 2 hari ini melahirkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa menunggu hampir tiga jam untuk proses mengundi.

Advertisement

Harakah meninjau pusat mengundi di sekitar parlimen Rasah di mana Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Sembilan Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa bertanding.

Apabila tiba di pusat mengundi tersebut, Harakah mendapati pengundi warga emas beratur panjang.

Ketika mengambil gambar, pengundi-pengundi mengadu bahawa proses mengundi begitu lembap.

“Makcik beratur sejak pukul 12.00 tengah hari, sekarang dah pukul 3.00 petang, tapi masih belum mengundi lagi,” kata seorang wanita warga emas berbangsa Melayu.

Selain wanita tersebut, ramai lagi pengundi mengeluh di atas kelewatan proses mengundi. – HARAKAHDAILY 9/5/2018