PAS Perlis miliki 2 kerusi Dun

ARAU: Gelombang anak muda menjadi antara faktor PAS mampu menawan semula Dun Guar Sanji dengan majoriti 328 undi semalam.

Advertisement

Ustaz Mohd Ridzuan Hashim mendapat sebanyak 3,199 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) yang memperolehi 2,871 undi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1,512.

Antara faktor kemenangannya memandangkan beliau merupakan anak jati Dun tersebut dan dihormati masyarakat.

Beliau seorang mudah melemparkan senyuman tidak kira siapa sahaja yang ditemui.

PAS Perlis juga berjaya mengekalkan Dun Sanglang apabila dipertahankan Mohd Shukri Ramli dengan majoriti 42.

Bagaimanapun PAS gagal merampas kembali parlimen Arau yang ditandingi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin. – HARAKAHDAILY 10/5/2018