Terimalah ahli Umno bersama PAS

MAK ayah saya dah lama ahli Umno. Ketua Cawangan yang aktif walaupun usia sudah mencecah 75 tahun. Semenjak Umno tumbang di Johor pada PRU kali ini, buat pertama kali mereka ucapkan tahniah kepada PAS, kepada saya pagi tadi.

Advertisement

Pelik juga saya kerana mereka akhirnya lebih terbuka untuk menerima PAS di dalam keluarga kami dari kebiasaannya. Saya yakin ramai ahli Umno sedang mendekati PAS untuk mencari wadah baru yang lebih diyakini untuk melindungi kepentingan masyarakat Melayu Islam. Saya boleh rasakan buat pertama kalinya mereka lebih mahu mendekati PAS.

Oleh kerana itu, saya ingin mengajak seluruh ahli dan pemimpin PAS dengan tangan terbuka untuk memujuk mereka dengan rasa kasih sayang agar dapat menerima PAS sebagai wadah baru perjuangan mereka.

Saya melihat adanya rahmat Allah di sebalik apa yang berlaku. Sama ada kepada mereka sebagai ahli Umno, dan juga kepada kita yang sudah sedia ada bersama PAS.

Semoga kedua-dua ibu bapa saya dapat bersama-sama saya di dalam PAS sehingga Allah panggil kami sekeluarga untuk kembali kepada-Nya.

Matikanlah kami dalam Islam, jangan matikan kami di dalam kehinaan bersama-sama mereka yang cuba melemahkan cahaya Islam.

Amin Amin Ya Robbal A’lamin

HUZIR SULAIMAN 
25 Syaaban 1439H / 10 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 10/5/2018