Empat muka baharu dilantik Exco Kelantan

KOTA BHARU: Empat muka baharu dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal ke-14.

Advertisement

Mereka ialah Adun Kadok, Azami Mohd Nor, Adun Selising, Tuan Saripuddin Ismail, Adun Kijang Dr Izani Hussin dan Adun Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamad.

Sementara itu Datuk Mohd Amar Abdullah kekal sebagai Timbalan Menteri Besar.

Lima orang exco dikekalkan, mereka Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (Temangan), Datuk Mohd Nassuruddin Daud (Meranti) dan Datuk Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir), Mejar (B) Datuk Mohd Anizam Abdul Rahman (Kemahang) dan Mumtaz Md Nawi (Demit).

Mereka mengangkat sumpah menerima jawatan di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra di Istana Kota Lama, di sini pagi tadi.

Sementara itu, Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob, mengucapkan taat setia pada Pemangku Raja mewakili saf exco dan rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 16/5/2018