Ziarah Hamasah kembalikan motivasi

SABAK BERNAM: Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor telah melaksanakan Ziarah Hamasah melibatkan pertemuan bersama anggota Muslimat PAS dari Kawasan-kawasan di zon Anjung Utara Selangor, di sini semalam.
 
Ziarah dipimpin Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan itu menemui anggota Muslimat PAS Kawasan Sabak Bernam dan Sungai Besar yang diadakan di Markaz PAS Simpang Lima, di sini pada sebelah pagi.
 
Manakala pertemuan sama untuk Muslimat PAS Kawasan Tanjung Karang dan Kuala Selangor telah diadakan di Kompleks PAS Tanjung Karang pada sebelah petangnya.
 
Ziarah tersebut bertujuan membangkitkan kembali semangat dan motivasi perjuangan dalam kalangan anggota Muslimat PAS Kawasan-kawasan pasca PRU14.
 
Majlis pertemuan tersebut diisi dengan sesi taujihat dan dialog perkongsian pendapat berhubung PRU14, selain ribat ukhuwah dan bacaan doa wehdah.
 
Wan Hasrina dalam ucapannya menyeru seluruh ahli Muslimat agar istiqamah bergerak kerja dengan aktif menjayakan agenda siyasah, dakwah dan tarbiyah Islam menerusi wadah PAS. -HARAKAHDAILY 20/5/2018
Advertisement