Adun Jengka banteras perjudian haram

BANDAR JENGKA: Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berusaha menangani kegiatan perjudian haram yang semakin berleluasa di Felda Raya, Jengka 14.

Advertisement

Semalam beliau bersama Jabatan Agama Islam Pahang dan anggota polis menyerbu sebuah premis yang disyaki menjalankan perniagaan perjudian haram.

Pada serbuan jam 11 pagi itu pihak berkuasa menemui beberapa peralatan dan dokumen berkaitan perjudian nombor ekor haram yang dikendalikan pemuda.

Shahril berkata, serbuan itu dibuat hasil maklumat orang ramai terhadap kegiatan perjudian haram semakin menular di Jengka.

“Orang ramai menganggap Felda Raya, Jengka 14 sebagai pusat ekor haram kedua selepas Tongkiat (Sungai Jerik),” katanya. – HARAKAHDAILY 25/5/2018