Isu MB: Hormati keputusan Raja Perlis

PAS membidas keangkuhan Dato’ Seri Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis, yang mengambil sikap membelakangi keputusan DYMM Tuanku Raja Perlis dalam isu lantikan Menteri Besar Perlis.

Advertisement

ShukriSikap sebegini membuktikan bahawa beliau tidak menghormati Institusi Diraja dan DYMM Tuanku Raja Perlis.

Justeru, dalam mencari penyelesaian yang tepat dan adil kepada kemelut yang berlaku, PAS Perlis berharap semua pihak supaya tidak melatah atau bersikap terburu-buru dan beri kepercayaan kepada DYMM Tuanku Raja Perlis

PAS sentiasa menghormati amalan sistem beraja yang diamalkan di negara kita dan berdiri teguh bersama DYMM Tuanku Raja Perlis yang sentiasa mengutamakan rakyat dan negeri Perlis dalam keputusan baginda.

PAS Perlis percaya bahawa kemelut ini boleh diselesaikan dengan baik, namun, sekiranya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis tetap dengan keputusannya, maka PAS Perlis bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN).

Yang Bertanggungjawab

YB MOHD SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis / ADUN Sanglang
25 Mei 2018 / 9 Ramadhan 1439 – HARAKAHDAILY 25/5/2018