Kelantan benteng pengaruh Islam liberal

KOTA BHARU: Kelantan akan menjadi benteng bagi menyelamatkan umat Islam daripada fahaman liberal yang semakin menjadi-jadi sekarang.

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentera Kanan Ahmad Yakob berkata, kumpulan berfahaman Islam liberal berjuang bagi menyamaratakan agama dan menuntut hak asasi.

Kata beliau antara perjuangan kumpulan terbabit termasuk kefahaman mengenai agama-agama dianggap sebagai sama taraf.

“Begitu juga dalam soal pengagihan harta pusaka mereka tidak mahu menerima ketetapan dibuat Islam kononnya sebagai tidak adil.

“Oleh itu Kelantan akan menjadi benteng bagi menyelamatkan umat Islam daripada fahaman Islam liberal,” katanya pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini.

Ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Kota Sarang Semut, Alor Setar tahun lepas Ustaz Ahmad meluahkan rasa bimbang kerajaan nasionalis sekular ditukar kepada sosialis sekular yang tidak menyelesaikan masalah ummah. – HARAKAHDAILY 25/5/2018