Geoeskatologi (13): Tasik Tiberias

TASIK Tiberias atau juga disebut sebagai Tasik Tabariyyah, Galilee dan Kinaret merupakan tasik air bersih yang terletak di Utara Palestin, bersebelahan sempadan Syria dan Jordan. Berkeluasan 166 km persegi. Menerima punca air utama daripada Sungai Jordan selain dari Bukit Golan dan punca bawah tanah. Dan menjadi bekalan air bersih kepada penduduk negara haram Israel terutamanya Tel Aviv.

Advertisement

Tasik Tiberias mengalami kekeringan beberapa dekad terakhir ini. Pada tahun 2001, paras air di Tasik Galilee sudah berada pada garisan hitam iaitu pada tahap bahaya. Ini kerana ia berisiko untuk dimasuki air masin dari bawah tanah yang bakal merosakkan kualiti air secara kekal, sekali gus mengancam ekosistem sekitar. Antara punca penurunan air yang mendadak adalah kerana penggunaan air yang sangat tinggi oleh Tel Aviv.

Setakat ini, air di Tasik Galilee sudah defisit 2.5 liter kubik. Walaupun Kerajaan Israel sudah mengurangkan penggunaan airnya, namun paras air tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

Dalam Hadis yang dinyatakan pada Siri ke-11, Dajjal menyatakan bahawa tanda kemunculannya adalah Tasik Tiberias menjadi kering. Tasik Tiberias turut dikaitkan dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj. Sabda Rasulullah S.A.W:

وَيَبْعَثُ اللَّهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ ، فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا ، وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ لَقَدْ كَانَ بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ ، وَيُحْصَرُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ حَتَّى يَكُونَ رَأْسُ الثَّوْرِ لِأَحَدِهِمْ خَيْرًا مِنْ مِائَةِ دِينَارٍ لِأَحَدِكُمْ الْيَوْمَ ، فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ فَيُرْسِلُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ النَّغَفَ فِي رِقَابِهِمْ فَيُصْبِحُونَ فَرْسَى كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ، ثُمَّ يَهْبِطُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى الْأَرْضِ فَلَا يَجِدُونَ فِي الْأَرْضِ مَوْضِعَ شِبْرٍ إِلَّا مَلَأَهُ زَهَمُهُمْ وَنَتْنُهُمْ ، فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ فَيُرْسِلُ اللَّهُ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ الْبُخْتِ فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ يُرْسِلُ اللَّهُ مَطَرًا لَا يَكُنُّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ ، فَيَغْسِلُ الْأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كَالزَّلَفَةِ ، ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ وَرُدِّي بَرَكَتَكِ …. فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللَّهُ رِيحًا طَيِّبَةً فَتَأْخُذُهُمْ تَحْتَ آبَاطِهِمْ ، فَتَقْبِضُ رُوحَ كُلِّ مُؤْمِنٍ وَكُلِّ مُسْلِمٍ ، وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ يَتَهَارَجُونَ فِيهَا تَهَارُجَ الْحُمُرِ ، فَعَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ

“Allah mengutuskan Yakjuj dan Makjuj. Mereka akan bertebaran dari segala keturunan. Maka kalangan awal mereka melalui Tasik Tiberias lalu meminumnya. Kemudian lalu yang akhirnya, lalu berkata, dahulu terdapat air di kawasan ini. Mereka mengepung Nabi Isa A.S dan pasukannya sehingga nilai kepala lembu bagi mereka lebih tinggi dari 100 dinar, (keadaan lapar yang amat). Nabi Isa A.S dan pengikutnya memohon doa dari Allah, lalu Allah turunkan bala sehingga mereka mati sekali gus. Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun, tidak ada sehasta pun tanah melainkam dipenuhi bangkai dan bau Yakjuj Makjuj. Nabi Isa dan pengikutnya memohon doa dari Allah, lalu diturunkan hujan yang sangat lebat sehingga membersihkan bumi dari segala kotoran Yakjuj Makjuj, kemudian dikatakan pada bumi tumbuhlah buahanmu dan kembalikan berkatmu. Dalam keadaan demikian, tuhan utuskan angin lembut mengambil nyawa setiap orang beriman dan Islam. Maka yang tinggal hanyalah manusia-manusia jahat saling bertelagah sesama sendiri. Maka ketika itu berlakulah kiamat.”

[HR Muslim]

Banyak pendapat berkenaan bilakah keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Ada yang mengatakan bakal keluar ketika berlaku Malhamah. Kesan senjata nuklear menyebabkan temboknya runtuh. Ada juga yang berteori tentang hentaman meteroit ke atas bumi.

Satu lagi pendapat yang kurang popular menyatakan bahawa Yakjuj Makjuj telah pun keluar dan mereka adalah Zionis. Mereka bersandar kepada beberapa teori. Antaranya kerana paras Tasik Tiberias semakin mengering.

Mengikut lokasi Yakjuj Makjuj yang digambarkan dalam Surah al-Kahfi, ia ada kena mengena dengan asal-usul pengasas Zionis. Antra lain juga, terdapat Hadis yang mengatakan di zamannya telah runtuh tembok sebesar syiling, dan mempunyai kaitan dengan kerosakan bangsa Arab yang boleh kita lihat hari ini. Sabda Rasulullah S.A.W:

لا إله إلا اللهُ، ويلٌ للعربِ من شرٍّ قد اقترب، فتحَ اليومَ من ردمِ يأجوجَ ومأجوجَ مثلُ هذه ) . وعقد سفيان تسعينَ أو مائةً، قيل : أنهلِك وفينا الصالحون ؟ قال : ( نعم، إذا كثُر الخبثُ ) .

“Tiada tuhan melainkan Allah. Binasalah orang Arab daripada keburukan yang semakin hampir. Sesungguhnya tembok Yakjuj dan Makjuj telah pun roboh sebesar ini (sambil menunjukkan isyarat lubang dengan ibu jari dan telunjuknya.) Baginda ditanya adakah kita akan binasa walaupun terdapat orang Soleh? Jawab baginda: Ya, jika kerosakan sudah berleluasa.”

[HR Bukhari & Muslim]

Wallahualam.

(Petikan dari buku Geoeskatologi Islam yang bakal diterbitkan)

(ALANG IBN SHUKRIMUN)
13 Ramadan 1439
29 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 29/5/2018