Kelantan timbang serap guru al-Quran

KOTA BHARU: Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak mengambil semula guru agama dan penggerak masyarakat bertugas semula, kerajaan Kelantan sedia menimbangkan menyerapkan mereka.

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri melantik guru-guru al-Quran sejak 1990-an lagi.

“Ini kerana ilmu yang ada pada golongan itu amat besar dan penting untuk masyarakat.

“InsyaAllah kita lihat perkara itu. Dan jika ada kelayakan tidak ada salahnya untuk diambil kerajaan negeri untuk diserapkan…insyaAllah,” katanya selepas melancar teks tadarul al-Quran dan tadarus perdana peringkat negeri di Balai Islam semalam.

Baru-baru ini Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata, kerajaan PH perlu simpati terhadap nasib guru al Quran dan penggerak masyarakat di mana sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada kerjaya itu. – HARAKAHDAILY 29/5/2018