Setuju Mahathir rang berita palsu

Subki 2

SAYA bersetuju dengan sikap Dr. Mahathir yang tidak setuju dengan rang undang-undang berita tidak benar yang tergesa-gesa diluluskan Parlimen sebelum ia dibubarkan baru-baru ini.

Advertisement

Tentang Mahathir itu banyaklah yang saya tidak setuju tetapi penolakannya terhadadp rang yang baru diluluskan itu saya setuju sepenuhnya dengannya. Bukanlah saya suka dengan amalan dan penularan berita palsu, tetapi negara kita sudah banyak undang-undng yang boleh dikenakan terhadap kecurangan itu. Undang-undang yang ada sudah cukup untuk mengekang perbuatan itu.

Pengamal media dipercayai menunggu Mahathir membatalkannya bila Parlimen bersidang nanti.

Sebagai pegamal media saya sudah penat pantang larang yang diberi kuasa kepada menteri mengganggu kebebasan bersuara dan berakhbar. Rang yang terbaru itu bukan saja mengerat kuku pengamal media, bahkan ia boleh mengerat jari masing-masing.

Masing-masing berlapang dada kerana kerajaan Mahathir melalui lidah menteri Muhyiddin Yassin, banyak akta membelenggu hak dan kebebasan manusia akan dimansuhkan. Semua ini disuarakan oleh setiap pembangkang.

Mungkin orang rasa pelik kebanyakan undang-undang zalim yang hendak dimasuhkan diterima pakai Umno dan kerajaan di bawah Mahathir dulu. Bila dia jadi Perdana Menteri kali kedua dia batalkan pula apa yang dia tidak batal dulu.

Saya tidak bercadang unuk membelanya tetapi sepanjang sikap Mahathir terhadap media dia tidak begitu kerenah. Saya boleh kira dia antara yang tidak bermasalah dengan amalan media.

Saya tidak banyak pengetahuan dengan pengalaman Tun Razak tentang lidah rasmi PAS. Sepatutnya sebagai parti politik/pertubuhan, pakej yang patut ada padanya ialah lidah rasmi. Itulah antara hak semua parti politik sebelum merdeka. Ia tidak perlu diminta.

Sepanjang pentadbiran Tun Hussein Onn PAS tidak diberi hak itu. Sebelumnya, semasa pimpinan Dr. Burhanuddin/Zulkifli Mohamad PAS menerbit risalah bulanan Suara Islam dan lepas iu Suara PAS. Zaman Hussein Onn ia tidak diberi. Bahkan DAP tidak boleh menerbitkan kedua Roketnya.

Tetapi bila Mahathir jadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, PAS diberi permit penerbitan Harakah sebagai siaran dalaman. PAS minta permit terbuka. Mahathir buktikan dia lebih terbuka. Sebelum siaran dalam pun tak, tetapi di masanya diberi siaran dalaman. Dari tidak ada lebihlah ada walau masih banyak sekatan.

Harakah masa itu laku tetapi tidak boleh diedar dalam pasaran terbuka. Untuk kalangan bukan PAS terpaksa melalui pasaran gelap. Mamak penjual akhbar tidak menggantungnya kepada umum. Kerana ada yang mengaku polis mengganggu penjulan. Haram dijual kepada orang luar. Mamak tidak pamerkan tetapi kenal pelangan tetapnya. Polis dapat menyekat ia diberi orang. Akhir KDN setuju dicetak di muka depan UNTUK AHLI SAHAJA.

Hingga sekarang dengan lan Untuk Ahli Sahaja ia boleh dijual kepda sesiapa. Bila DAP tahu PAS dapat permit terhadap itu ia pun dapat permit Roket.

Apa Harakah tidak kata tentang Mahathir. Timbalan Menteri Megat Junid ngeri dengan kecaman terhadap Mahathir. Dia ingatkan jangan teruk sangat. Kalau Mahathir membantah, dia akan bertindak. Saya tanya, adakah Mahathir bersungut? Jawab tidak ada.

Mahathir tidak pernah kacau, tapi polis dan kementerian selalu mengacau.

Bila dia bersara, diganti Abdullah Badawi. Permit Harakah digantung dari dua kali semingga jadi dua kali sebulan. Jelas Mahathir yang garang itu lebih liberal dari Abdullah yang lembut. Bila Najib naik diberinya semula dua kali seminggu.

Hanya dengan Star dia gantung berbulan-bulan hingga Star setuju tulisan Tunku Abdul Rahman tidak lagi disiarkan. – HARAKAHDAILY 31/5/2018