1,000 penduduk miskin dibantu agensi kerajaan

KOTA BHARU: Seramai 1,000 penduduk miskin yang tinggal di kawasan dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerima sumbangan Ramadan.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, sumbangan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM150,000.

Katanya, mereka terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan orang kurang upaya. (Foto: Dr Izani Husin menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin.)

“Selain wang tunai sebanyak RM120 mereka juga diberi sumbangan barangan keperluan harian. Program ini dianjurkan setiap tahun bagi membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya pada program itu di Madinah Ramadan.

Sumbangan berkenaan ditaja anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbandanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). – HARAKAHDAILY 1/6/2018