Peguam Negara: PAS terbuka, berlapang dada

taki3

PAS menerima dengan hati terbuka serta berlapang dada atas perkenan Yang di-Pertuan Agong melantik Encik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

PAS mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Peguam Negara dan berharap beliau akan sentiasa bertindak secara berperlembagaan, memelihara kedaulatan undang-undang, saksama dan adil (impartial) dengan mengambil kira segala aspek sejarah dan niat pembuat sesuatu undang-undang (intention of the legislation) dalam melaksanakan tanggungjawabnya, terutama berkaitan dengan undang-undang yang melibatkan rakyat beragama Islam serta institusi yang berkaitan dengannya.

PAS bersedia memberikan kerjasama dalam segala perkara yang baik, dan pada masa yang sama akan bertindak sebagai Pembangkang yang konstruktif dan berperanan sebagai semak dan imbang (check and balance) dengan memberikan pandangan, cadangan serta membuat pendirian dalam perkaraperkara yang menyentuh kepentingan umum, sama ada bagi umat Islam mahupun lainnya.

Terima kasih.

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung
Bertarikh: 05 Jun, 2018 – HARAKAHDAILY 5/6/2018