Adun Jabi sampai sumbangan pakaian raya

BESUT: Adun Jabi, Dr Azman Ibrahim telah meraikan golongan asnaf dalam kalangan anak yatim dan miskin dari Dun tersebut pada Majlis Sumbangan Pakaian Hari Raya di Dewan Sivik Jabi, di sini hari ini.
 
Acara tersebut merupakan program tetap dalam kalendar tahunan PAS Jabi sejak lebih 10 tahun lalu yang dilaksanakan setiap kali menjelang Aidil Fitri kepada golongan kurang berkemampuan menyambut hari raya seadanya.
 
“Cuma tahun ini kita buat dengan skala yang jauh lebih besar dari segi bilangan penerima sumbangan. Sesuai dengan perubahan yang berlaku selepas PRU14.
 
“Kita juga mempunyai senarai panjang agenda kebajikan rakyat yang ada dalam perancangan sepanjang tahun ini peringkat demi peringkat perlaksanaannya, mengikut keutamaan,” ujarnya.
 
Menurut beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri, agenda kebajikan dilaksanakan adalah berterusan dan sepanjang masa, serta menunaikan tuntutan keimanan di mana bukannya bermusim atau bermotif tertentu.
 
Pada majlis sederhana dan santai, namun dipenuhi wajah-wajah tenang gembira itu turut dihadiri isteri Dr Azman, Nik Yushanida Nik Yusof dan para pimpinan PAS Jabi. -HARAKAHDAILY 8/6/2018
 
Advertisement