Pengayuh beca terima duit raya PKINK

KOTA  BHARU: Seramai 36 pengayuh beca di bandar Kota Bharu menerima duit raya daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Advertisement

Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail.

Dr Wan Zawawi berkata, PKINK meneruskan dasar berkebajikan yang dicetus di era almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, program itu berjaya diaplikasi bagi membela nasib golongan kurang berkemampuan demi kesejahteraan hidup rakyat.

“Sumbangan dan bantuan ini diharap dapat meringankan bebanan mereka. Di samping itu sebagai menghargai jasa pengayuh beca menyediakan perkhidmatan mereka di bandar Kota Bharu,” katanya pada program diadakan di Bilik Operasi PKINK hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ab Aziz Yunus dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman.

Program tersebut merupakan tahun ke-10 diadakan bagi membolehkan pengayuh beca membeli keperluan untuk menyambut Aidilfitri.

Selain itu PKINK turut menyumbang duit raya kepada 22 asnaf, anak istimewa anggota PKINK, balu bekas kakitangan dan petugas am di PKINK. – HARAKAHDAILY 10/6/2018