Minda dan kesungguhan untuk maju

PEMILIHAN peserta yang benar-benar berminat, berkemahiran dan ada kesungguhan antara kunci utama kejayaan sesuatu Projek atau Program Asas Tani.

Advertisement

Ada bidang seperti pembenihan Ikan Kerapu Hibrid sangat teknikal. Dari induk Kerapu yang menghasilkan telur, penetasan, nak hasilkan Plankton untuk makanan anak Kerapu sehingga pembesaran jadi size beberapa sentimeter, penuh dengan aspek teknikal dan kepakaran. Bukan semua orang boleh cuba-cuba nak buat.

Begitu juga penanaman Musang King kaedah baru kerana pokok durian sekarang perlu diasuh, bukan hanya tanam.

Saya telah melakukan tinjauan kepada beberapa projek pertanian dan penternakan berkelompok. Didapati antara punca utama projek tak begitu berjaya ialah kerana pemilihan peserta yang tak tepat. Bagi urusan kepada yang bukan ahli tidak akan menghasilkan natijah yang baik.

Orang kita suka terima bantuan tapi ramai yang buat kerja suka-suka. Minda ini kita nak ubah kalau kita nak jadikan Terengganu hub pengeluaran makanan.

YB DR AZMAN IBRAHIM 
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu. – HARAKAHDAILY 22/6/2018