Ustaz Husain dipilih Ahli Dewan Negara

KUALA TERENGGANU: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, petang ini.

Advertisement

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan nama beliau yang disokong oleh Ustaz Ridzuan Hashim (PAS-Buluh Gading).

Ustaz Husain, 72, adalah anak jati daerah Besut pernah menjadi Yang Dipertua Dun Terengganu semasa era pemerintahan PAS pada 1999-2004. – HARAKAHDAILY 4/7/2018