Telur ikan beracun

SEHARI dua ini viral satu gambar telur ikan yang katanya amat bahaya. Kononnya lagi, ikan-ikan tersebut memakan racun dan terjadi tumor kanser dari ikan, dari logam berat. Memakannya akan mengakibatkan bahaya dan penyebabkan ABK Tipe Autistic.

Advertisement

Baik, mari kita siasat lanjut adakah benar perkara ini?

dr suhazeliGambar viral ini mula disebarkan sejak 2017 di ruang maya Indonesia. Mereka menuduh ikan tersebut ditemui dalam tin sardin jenama tertentu dari India. Penjelasan telah dilakukan pihak berwajib Indonesia.

Pun begitu, kristal putih seperti telur ikan tersebut memang wujud dalam beberapa jenis ikan tertentu. Ianya bergantung kepada makanan ikan di kawasan berkenaan. Kebanyakannya ikan-ikan sardin yang terdapat di Laut Mediterranean. Protozoa ini dimakan oleh ikan berkenaan. Nama ilmiahnya adalah glugea sardinellensis. Ianya boleh tumbuh membesar hingga ukuran 1-18 mm. Pertumbuhan ini dikenal dengan nama xenoma.

Protozoa ini tidak merbahaya. Dakwaan yang menyatakan xenoma ini mengandungi logam berat dan beracun adalah tidak tepat. Begitu juga dengan istilah “tumor kanser” yang digunakan dalam tulisan viral tersebut adalah salah. Tumor itu sendiri bermaksud kanser secara umum. Tiada bukti memakan xenoma boleh menyebabkan kanser atau penyebab penyakit autism terhadap bayi yang akan dilahirkan. Tujuan tulisan tersebut tersasar tanpa pasti niat ianya diviralkan.

Dari satu sudut yang lain pula, apakah hukum memakan ikan yang tidak dibersihkan perutnya sebelum dimasak? Perut ikan adalah kotoran. Ulama berselisih pendapat najis daripada haiwan dagingnya boleh dimakan. Imam Syafie mengatakan najis secara mutlak tetapi Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hanbali megatakan suci. Dalam kitab Al-Majmuk Syarah Muhadzab, Imam Nawawi mengatakan:

وقد سبق أن مذهبنا أن جميع الأرواث والذرق والبول نجسة من كل الحيوان ، سواء المأكول وغيره والطير وكذا روث السمك والجراد وما ليس له نفس سائلة كالذباب فروثها وبولها نجسان على المذهب ، وبه قطع العراقيون وجماعات من الخراسانيين . وحكى الخراسانيون وجها ضعيفا في طهارة روث السمك والجراد وما لا نفس له سائلة ، وقد قدمنا وجها عن حكاية صاحب البيان والرافعي أن بول ما يؤكل وروثه طاهران وهو غريب ، وهذا المذكور من نجاسة ذرق الطيور كلها هو مذهبنا

Maksudnya, “Sudah dijelaskan dalam mazhab kita (yakni mazhab Syafi’i) bahawa seluruh kotoran haiwan, tahi burung dan kencingnya itu najis. Baik haiwan yang halal dimakan atau tidak. Adapun burung, tahi/kotoran ikan dan belalang dan haiwan yang darahnya tidak mengalir seperti lalat, maka hukum kotoran/tahi-nya dan kencingnya adalah najis menurut mazhab (Syafi’i). Ini pendapat ulama Irak dan segolongan ulama Khurasan.

Bagi ikan yang bersaiz kecil seperti ikan bilis, ianya dimaafkan oleh syarak untuk tidak membuang perut. Ini kerana mengikut adatnya terlalu sukar untuk membuang isi perut satu persatu ikan-ikan kecil tersebut.

Oleh yang demikian, pastikan ikan sardin yang anda beli dari pasar itu bersih dan telah dibuang perut sebelum diproses pengetinan. – HARAKAHDAILY 6/7/2018