Ibadah Korban PASRelief untuk Kashmir dan Rohingya

KUALA LUMPUR: Nasib kaum Muslimin di seluruh dunia yang menjadi mustad’afin akibat peperangan mahupun bencana akan terus diberi pembelaan oleh PAS.
 
Menerusi Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief), pelbagai misi berkaitan telah digerakkan menerusi keupayaan logistik dan sukarelawan.
 
Terkini, PASRelief akan melaksanakan ibadah Korban untuk mangsa perang di Kashmir, Pakistan dan pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh sempena Aidil Adha 1439.
 
Menurut Bendahari PASRelief, Mohd Adram Musa, pelaksanaan tersebut merupakan kesinambungan kepada usaha PAS di peringkat antarabangsa khususnya menangani masalah berkaitan.
 
Sehubungan itu ujarnya, pelaksanaan oleh PASRelief ini membuka peluang kepada umat Islam di Malaysia untuk menyertai ibadah Korban yang dikhususkan kepada sasaran tersebut.
 
Terangnya, PASRelief sebagaimana misi-misi telah dijayakan akan mengendalikan semua urusan ibadah tersebut sebagai mewakili pihak peserta ibadah Korban.
 
Harga bagi lembu adalah RM2,730 (seekor) dan RM390 (satu bahagian), manakala kambing RM490 (seekor) dengan bayaran langsung ke Maybank Islamic 5640-7061-1352 atas nama PASRelief.
 
Pendaftaran berakhir pada 22 Ogos dan sebarang pertanyaan boleh hubungi +601120775802 (Haji Yunus) atau +60183120900 (Izwan). -HARAKAHDAILY 7/7/2018
 
Advertisement