Isu Zakir Naik: Tahniah PM

PAS merakamkan ucapan tahniah di atas tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membenarkan Zakir Naik untuk terus berada di Malaysia sebagai warga pemastautin tetap dari dihantar kembali ke India bagi menghadapi pelbagai tuduhan rekaan Kerajaan India.

Advertisement

Selaras dengan kedudukannya sebagai pemastautin tetap, memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela dan mempertahankan maruah beliau.

Kenyataan tegas Perdana Menteri mempertahankan beliau, adalah satu langkah tepat selaras dengan dasar Islam melindungi umatnya daripada menjadi mangsa penganiayaan dan kezaliman di mana sahaja.

PAS tegas dengan prinsip menyokong dan mendukung segala tindakan makruf yang diambil oleh pihak kerajaan, dan menentang kemungkaran dan perpecahan. Ini adalah selaras dengan dasar Budaya Politik Matang dan Sejahtera dan konsep at-taawun yang diamalkan oleh parti.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
7 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 7/7/2018